Search This Blog

Bunga Warna-warni

.....

Kreatif kan!
Cantik juga untuk buat hiasan rumah, 
hadiah konvo, gubahan hantaran dan sebagainya...

Untuk jadikan bunga ros warna warni 
seperti dalam gambar di atas, 
sedia beberapa batang bunga ros putih
pisau yang tajam
3 gelas berisi air
3 pewarna makanan (warna ikut suka)

caranya:
1
kerat setiap batang bunga ros
belah 3 memanjang setiap tangkai bunga ros
ketepikan jap
2
titiskan beberapa titis pewarna makanan dalam air
lain gelas lain warna
3
masukkan belahan setiap batang
dalam gelas berlainan yang dirapatkan
biarkan semalaman 
atau sehingga warna bunga berubah

siap untuk digubah



selamat mencuba :-)

Cerita Dari Kotak Sabun

.....
Cerita kotak sabun  adalah salah satu kes kajian pengurusan yang penting dan yang diingati di Jepun. Kisah ini berlaku di salah sebuah syarikat kosmetik membuat sabun di Jepun.

Suatu hari, syarikat tersebut menerima aduan dari pengguna yang membeli sabun tetapi isinya kosong. Dengan serta-merta pihak syarikat telah mengarahkan semua kotak-kotak sabun yang telah dibungkus di bahagian pembungkusan diperiksa semula. Setelah sebahagian kotak-kotak sabun diperiksa, ada juga kotak sabun yang dijumpai kosong. Ini menunjukkan mungkin ada lagi kotak kosong yang terlepas dari pemeriksaan selepas pembungkusan. Pihak syarikat telah menyerahkan masalah ini kepada jurutera untuk diselesaikan. 

Jurutera yang bertugas telah berhempas pulas menyediakan satu mesin X -ray dengan monitor resolusi tinggi dikendalikan oleh dua orang pekerja untuk mememeriksa kotak-kotak sabun yang telah dibungkus di dalam barisan. Namun cara ini memakan masa untuk memeriksa ribuan kotak-kotak sabun yang telah dibungkus.

Pihak syarikat juga telah mengajukan masalah yang sama kepada pekerja bahagian penyusun fail. Pekerja ini membuat jalan penyelesaian lain. Dia mendapatkan kipas elektrik industri yang kuat dan menghalakan kipas tersebut ke arah barisan sabun. Dia hidupkan suiz kipas, kotak kosong akan terkeluar dari barisan apabila ditiup angin. Cara ini lebih praktikal, mudah dan murah.

moral: 

Fikirlah jalan penyelesaian yang ringkas dan mudah. Perkara yang ringkas biasanya dapat menyelesaikan masalah yang kompleks................ :-).

LEARN TO FOCUS ON SOLUTIONS NOT ON PROBLEMS.


Tahukah anda... berapa ekor lipas keluar dari sebiji telur?

.....
Tahukah anda...

Sebiji telur lipas...

mengeluarkan berapa anak lipas?

ini dia...


lebih 10 ekor!!!

marilah sama2 picit & hapuskan telur lipas bila nampak.
Related Posts with Thumbnails

Followers