Search This Blog

Ikhlas ... Guni Berisi Batu

.....

Suatu hari seorang guru mengajar anak didiknya tentang 'Ikhlas'....

"Mari ikutku, aku mahu ajar kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada anak didiknya.

"tunggu sebentar cikgu, saya mahu ambil buku dan pen untuk menulis."

"Tidak perlu, bawa sahaja karung guni ini."

"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.

"Mari ikutku ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutiplah batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kamu bawa itu," guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal,anak didiknya memasukkan batu-batu besar yang ditemui di sepanjang jalan sehingga separuh penuh karung guni itu.

"Cukup?" tanya anak didiknya.

"Belum. Isi lagi sehingga penuh karung guni itu."

Setelah sampai di pasar, mereka berdua berlegar-legar,
melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar tanpa membeli apa-apa.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa ya?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya,ya..."kata si murid, agak keletihan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni
yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Setelah kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang penuh berisi
batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu ini Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," Balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar sesuatu tentang ikhlas."

"Ikhlas?"si murid kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu di dalam guni itu umpama amalan yang riak dan tidak ikhlas. Orang memujinya
seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.
Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi
hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tiada nilai di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" Ujar si murid.

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa
hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat"

# Jika anda IKHLAS membaca kisah ini , kongsilah link kisah ini dengan kawan-kawan dgn IKHLAS . InsyaAllah dapat pahala dari ALLAH SWT .
Related Posts with Thumbnails

Followers