Search This Blog

Cerita Dari Kotak Sabun

.....
Cerita kotak sabun  adalah salah satu kes kajian pengurusan yang penting dan yang diingati di Jepun. Kisah ini berlaku di salah sebuah syarikat kosmetik membuat sabun di Jepun.

Suatu hari, syarikat tersebut menerima aduan dari pengguna yang membeli sabun tetapi isinya kosong. Dengan serta-merta pihak syarikat telah mengarahkan semua kotak-kotak sabun yang telah dibungkus di bahagian pembungkusan diperiksa semula. Setelah sebahagian kotak-kotak sabun diperiksa, ada juga kotak sabun yang dijumpai kosong. Ini menunjukkan mungkin ada lagi kotak kosong yang terlepas dari pemeriksaan selepas pembungkusan. Pihak syarikat telah menyerahkan masalah ini kepada jurutera untuk diselesaikan. 

Jurutera yang bertugas telah berhempas pulas menyediakan satu mesin X -ray dengan monitor resolusi tinggi dikendalikan oleh dua orang pekerja untuk mememeriksa kotak-kotak sabun yang telah dibungkus di dalam barisan. Namun cara ini memakan masa untuk memeriksa ribuan kotak-kotak sabun yang telah dibungkus.

Pihak syarikat juga telah mengajukan masalah yang sama kepada pekerja bahagian penyusun fail. Pekerja ini membuat jalan penyelesaian lain. Dia mendapatkan kipas elektrik industri yang kuat dan menghalakan kipas tersebut ke arah barisan sabun. Dia hidupkan suiz kipas, kotak kosong akan terkeluar dari barisan apabila ditiup angin. Cara ini lebih praktikal, mudah dan murah.

moral: 

Fikirlah jalan penyelesaian yang ringkas dan mudah. Perkara yang ringkas biasanya dapat menyelesaikan masalah yang kompleks................ :-).

LEARN TO FOCUS ON SOLUTIONS NOT ON PROBLEMS.


No comments:

Related Posts with Thumbnails

Followers