Search This Blog

Jom Menjahit - Aktiviti Baru 2017

.....
Hobi baru 2017.. in shaa Allah menjahit :-)

Ahad lepas window shopping kat lazada.. terjumpa mini sewing machine ni. ada 12 pilihan jahitan harga ~ RM150.00. Murah!

Kenapa kata murah?
Sehari sebelum tu, ada nampak di kedai, design lebih kurang tapi 8 pilihan jahitan tapi harga RM270.
hampir sekali ganda perbezaan harganya.
Siapa2 berminat bolehla beli di Lazada. Ini linknya : https://goo.gl/XosaOx



Dah ada mesin jahit bolehla beli kain dengan saya di www.kedaikainonline.com hehe.

Mesin jahit ini nampak basic sahaja tapi boleh jahit 12 jenis jahitan. Untuk orang yang bukan pengguna tegar mesin jahit seperti saya, bolehlah ada 1 di rumah. Sangat berguna untuk jahit pakaian yang tertetas di saat kecemasan atau nak menjahit benda2 yg simple seperti lapik meja sedondon dengan langsir :-).

Parking sini youtube tutorial set up mesin jahit siri ini untuk rujukan akan datang.



Nota : Mesin jahit yg diorder belum sampai lagi. ETA 26/1... tak sabar menanti hehe

Ikhlas ... Guni Berisi Batu

.....

Suatu hari seorang guru mengajar anak didiknya tentang 'Ikhlas'....

"Mari ikutku, aku mahu ajar kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada anak didiknya.

"tunggu sebentar cikgu, saya mahu ambil buku dan pen untuk menulis."

"Tidak perlu, bawa sahaja karung guni ini."

"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.

"Mari ikutku ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutiplah batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kamu bawa itu," guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal,anak didiknya memasukkan batu-batu besar yang ditemui di sepanjang jalan sehingga separuh penuh karung guni itu.

"Cukup?" tanya anak didiknya.

"Belum. Isi lagi sehingga penuh karung guni itu."

Setelah sampai di pasar, mereka berdua berlegar-legar,
melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar tanpa membeli apa-apa.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa ya?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya,ya..."kata si murid, agak keletihan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni
yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Setelah kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang penuh berisi
batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu ini Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," Balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar sesuatu tentang ikhlas."

"Ikhlas?"si murid kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu di dalam guni itu umpama amalan yang riak dan tidak ikhlas. Orang memujinya
seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.
Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi
hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tiada nilai di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" Ujar si murid.

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa
hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat"

# Jika anda IKHLAS membaca kisah ini , kongsilah link kisah ini dengan kawan-kawan dgn IKHLAS . InsyaAllah dapat pahala dari ALLAH SWT .

Kisah Seekor Keldai Yang Bijak

.....

One day a farmer's donkey fell down into a well. The animal cried piteously for hours as the farmer tried to figure out what to do. Finally, he decided the animal was old, and the well needed to be covered up anyway; it just wasn't worth it to retrieve the donkey.

He invited all his neighbors to come over and help him. They all grabbed a shovel and began to shovel dirt into the well. At first, the donkey realized what was happening and cried horribly. Then, to everyone's amazement he quieted down.

A few shovel loads later, the farmer finally looked down the well. He was astonished at what he saw. With each shovel of dirt that hit his back, the donkey was doing something amazing. He would shake it off and take a step up.

As the farmer's neighbors continued to shovel dirt on top of the animal, he would shake it off and take a step up. Pretty soon, everyone was amazed as the donkey stepped up over the edge of the well and happily trotted off!

MORAL :
Life is going to shovel dirt on you, all kinds of dirt. The trick to getting out of the well is to shake it off and take a step up. Each of our troubles is a steppingstone. We can get out of the deepest wells just by not stopping, never giving up! Shake it off and take a step up.

Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred - Forgive.

2. Free your mind from worries - Most never happens.

3. Live simply and appreciate what you have.

4. Give more.

5. Expect less from people but more from yourself.
Related Posts with Thumbnails

Followers