Search This Blog

Cerita tentang Nilai "Penghargaan"

.....

Cerita ini dipetik dan diubah bahasa dari kiriman email berbahasa Cina.

Seorang pemuda yang mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang pergi memohon kerja untuk satu jawatan pengurusan dalam sebuah syarikat besar.

Dia telah berjaya melepasi temuduga peringkat pertama dan perlu berjumpa dengan tuan pengarah untuk temuduga peringkat akhir.

Tuan pengarah mendapati dari CV yang diberikan bahawa hasil akademiknya sangat cemerlang, dari sekolah menengah sehingga penyelidikan lepas ijazah, tiada setahun pon yang tidak cemerlang.

Tuan pengarah bertanya kepadanya, "Adakah kamu mendapatkan sebarang biasiswa di sekolah?",
dia dijawab "tiada".

Tuan pengarah bertanya, " Adakah bapa kamu yang menanggung kos yuran sekolah kamu?"
dia jawab, "bapa saya meninggal dunia semasa saya berusia setahun, ibu saya yang membaiaya yuran sekolah saya".

Tuan pengarah bertanya, " Dimanakah ibu kamu bekerja?"
dia jawab, "ibu saya bekerja sebagai pencuci kain".

Tuan pengarah memintanya untuk menunjukkan kedua-dua belah tangannya, dia pon menunjukkan tangannya yang lembut dan halus sempurna kepada tuan pengarah.

Tuan pengarah bertanya, " Pernahkah kamu menolong ibu kamu mencuci kain sebelum ini?",
dia jawab, "tidak pernah, ibu saya mahu saya sentiasa belajar dan baca lebih lanjut buku-buku , tambahan pula, ibu saya dapat mencuci kain-kain lebih cepat daripada saya".

Tuan pengarah berkata, "saya ada satu permintaan, apabila kamu balik ke rumah hari ini, pergi dan bantu bersihkan tangan ibu anda , dan kemudian jumpa saya esok pagi".

Dia rasa bahawa peluangnya untuk mendapat kerja itu tinggi, setelah pulangke rumah dia dengan gembiranya mahu membersihkan tangan ibunya. Ibunya rasa pelik, gembira tetapi bercampur takut. Si ibu menhghulurkan tangan kepada anaknya.

Dia membersihkan tangan ibunya dengan perlahan, titisan air matanya jatuh semasa dia melakukan itu. Ini kali pertama dia mendapati tangan ibunya sungguh kasar berkedut dan terdapat begitu banyak lebam-lebam dalam tangannya. Beberapa lebam membuatkan ibunya rasa sakit apabila dicuci dengan air.

Ini kali pertama dia menyedari bahawa sepasang tangan yang mencuci kain setiap hari membayarkan dia yuran sekolah, lebam-lebam dalam tangan ibunya adalah harga yang ibu bayar ijazah dan kecemerlangan akademiknya dan mungkin masa depannya.

Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, dia dengan perlahan membantu ibunya mencuci semua pakaian yang belum sempat ibunya cuci.

Malam itu, ibu dan anak berbual-bual dalam masa yang sangat panjang.

Keesokannya, dia pergi ke pejabat pengarah.

Tuan pengarah perasan air mata dalam mata terbendung dalam kelopak mata pemuda itu, tuan penyarah bertanya, "Bolehkah kamu beritahu saya apa anda buat dan pelajari semalam dalam rumah kamu?"

Pemuda itu jawab, " Saya bersihkan tangan ibu saya , dan juga siap membersihkan semua pakaian yang tinggal".

Tuan pengarah bertanya, " sila beritahu saya apa saudara rasa".

Pemuda itu berkata, pertama, saya tahu apakah nilai penghargaan, tanpa ibu, saya tidak akan berjaya seperti hari ini. Kedua, saya tahu bagaimana bekerja bersama dengan ibu saya, kemudian baru saya boleh menyedari bagaimana susah payah mendapat sesuatu. Ketiga, saya tahu pentingnya dan nilai perhubungan keluarga.

Tuan pengarah berkata, " Inilah jawapan yang saya mahu, saya mahu merekrut seseorang yang boleh menghargai bantuan orang lain, seseorang yang tahu penderitaan lainnya mendapat benda yang dilakukan , dan seseorang yang tidak akan meletakkan wang sebagai gol dalam hidup menjadi pengurus saya. Anda diterima bekerja".

Kemudian hari, orang muda ini bekerja sangat keras , dan menerima penghormatan pekerja bawahannya, setiap pekerja-pekerja bekerja dengan tekun dan dalam satu pasukan, hasil syarikat bertambah baik.

Seorang kanak-kanak yang dilindungi dan biasa diberi apa pun yang dikehendakinya, dia membangun dengan "mentaliti hak" dan sentiasa meletakkan dirinya di tempat pertama. Dia jahil dengan usaha orang tuanya. Bila dia memulakan kerja, dia menganggap setiap orang mesti mendengarnya , dan apabila dia menjadi seorang pengurus, dia tidak akan tahu bagaimana penderitaan pekerjanya dan selalulah salahkan orang lainnya. Untuk orang sebegini, dia boleh buat keputusan baik, boleh jadi berjaya untuk seketika, tetapi akhirnya tidak akan berasa rasa pencapaian, dia akan merungut dan penuh kebencian dan berjuang untuk dapat perkara yang lebih.

Jika kita beri perlindungan begini, adakah kita cinta atau memusnahkan kanak-kanak?

Anda boleh biar anak-anak anda tinggal di sebuah rumah besar, makan makanan enak, belajar piano, melihat TV layar besar. Tetapi bila anda memotong rumput, sila benarkan mereka turut serta. Selepas makan, biar mereka mencuci pinggan mereka sendiri. Ia bukan kerana anda tidak mempunyai wang untuk mengupah seorang pembantu rumah, tetapi ia ialah kerana anda mahu sayang mereka dengan cara yang betul.

Anda mperlu buat mereka faham, tidak kira bagaimana kayanya ibubapa mereka, satu hari rambut mereka akan berkembang kelabu, sama seperti ibu yang pernah muda. Perkara yangg paling penting ialah anak-anak anda belajar bagaimana untuk menghargai usaha dan mengalami kesukaran dan belajar keupayaan bekerja dengan lainnya untuk mendapat benda yang diinginkan.

Bunga Buat Ibu... I love You..

.....

Bacalah cerita ini perlahan-lahan supaya faham dan dapat menghayatinya.

Aku terlanggar seseorang yang tidak dikenali semasa berjalan,
'Oh maafkan saya, saya tak perasan'....

Katanya 'Maafkan saya juga, saya tak nampak tadi'...

Kami amat sopan dan saling menghormati. Kami melambai tangan sambil berlalu pergi.

Tetapi di rumah lain pula ceritanya. Bagaimana kita melayan orang tersayang, baik yang tua mahupun yang muda.

Lewat petang, ketika menyediakan makan malam, anak bongsuku berdiri di dapur secara diam-diam.

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh.
Jerkahku, 'Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh!'

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan sedih.
Aku tak sedar, betapa kasarnya kata-kataku.

Sedangku berbaring di katil mendengar muzik, terdengar suara halus berbisik.

'Bila bersama orang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri, tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci'

'Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

'Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu'

'Dia berdiri senyap untuk memberikan kejutan, sedarkah kamu airmatanya yang datang bertamu'

Pada saat ini, aku merasa amat pilu sekali, airmataku mencurah ibarat air di kali.


Senyap-senyap aku kebiliknya, dan melutut di katil,
'Bangunlah anakku, bangunlah si kecil ibu'

'Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu?'

Dia tersenyum, 'Adik terjumpa di belakang rumah dalam semak'

'Adik memetiknya kerana bunga-bunga tu cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu,

'Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,ibu tak patut menjerkah kamu tadi'

Katanya,"Tak mengapa, sSaya tetap sayang ibu melebihi segalanya'

Bisikku, 'Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu'


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak... Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Kisah Tikus dan Jerat

.....

Seorang petani dan isterinya pulang ke rumah setelah keluar berbelanja barangan keperluan. Ketika mereka membuka barangan yang baru dibeli, seekor tikus memerhati dengan harapan…. "hmmm...makanan apa yang dibawa mereka dari pasar hari ni??"

Dilihatnya apa yang dibeli oleh petani hari ini adalah jerat tikus. Si tikus menjadi takut bukan kepalang.

Si tikus bergegas lari ke sarangnya dan berteriak,
"Ada jerat tikus di rumah!....di rumah sekarang ada jerat tikus!!...."

Si tikus pun mengadu kepada ayam dan berteriak,
"Ada jerat tikus !"
Ayam berkata,
"Wahai tikus, aku turut bersedih tapi ini tak ada kena-mengena dengan aku."

Si tikus lalu pergi berjumpa dengan kambing sambil berteriak seperti tadi.
Kambing pun menjawab dengan selamba,
"Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui lembu. Si tikus mendapat jawapan yang sama.
" Maafkan aku. Tapi jerat tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah badan sebesar aku ni boleh masuk jerat tikus. "

Dengan rasa kecewa, si tikus pun berlari ke hutan menemui ular.
Ular berkata,
"Eleh engkau ni...Jerat tikus yang keciltak kanla membahayakan aku."

Akhirnya si tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui dia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak, jerat tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat jerat tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terjerat membuat ular semakin ganas dan mematuk isteri si petani.

Walaupun si petani sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya terkena juga patukan ular itu. Si petani pun membawa isterinya ke hospital. Beberapa hari kemudian
isterinya sudah boleh pulang namun demam berterusan.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam pada si petani kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang petani itu pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki ayam buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya masih tidak sembuh. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Lalu si petani pon menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.

Namun masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Si tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat jerat tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

SUATU HARI....
KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN
MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...
FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.


Related Posts with Thumbnails

Followers