Search This Blog

Jom Buat Taugeh Sendiri

.....

Jom Buat Taugeh Sendiri 

Taugeh buat sendiri lebih segar berbanding taugeh yang dibeli di pasar.
Saya telah cuba buat taugeh sendiri ikut panduan yang diberikan di https://www.facebook.com/groups/jomtanamsendiri/permalink/1601341776662675
Cuma saya kurangkan sukatan kacang hijau daripada 200g kepada 1 sudu (anggaran 30g). Hasil yang diperolehi hampir penuh mangkuk isipadu 1 liter, cukup untuk hidangan 2-3 orang makan.

Ini adalah hasil percubaan pertama saya.


Hasil dituai dalam tempoh 3.5 hari, kiraan masa bermula dari hari rendaman kacang hijau. Rupa taugeh yang diperolehi kepalanya besar dan badannya (batang taugeh) pendek.

Selepas tuai taugeh percubaan pertama, saya terus rendam sesudu lagi kacang hijau untuk cubaan kedua. Kaedah yang sama cuma kali ini saya gantikan tisu dengan kain flannel.
Hasil yang diperolehi dengan menggunakan kain flannel adalah lebih cepat dan rupa fizikalnya lebih bagus.


Kain flannel boleh digunakan berulang kali. Cuma perlu bersihkan akar-akar yang terlekat pada kain dan basuh seperti basuh kain biasa.
Jadi saya saya sarankan guna kain flannel untuk membuat taugeh sendiri di rumah.
Saya ada jual kain flannel kalau berminat 😀
http://www.kedaikainonline.com/2016/06/koleksi-kain-plain-flannel-fabric-36-pfp.html

Berikut adalah peralatan dan cara saya membuat taugeh sendiri.

Peralatan dan bahan yang diperlukan:


1) 1 unit mangkuk berpenutup kalis cahaya (saya guna saiz 1L)


2) 1 unit mangkuk saring (sama diameter dengan mangkuk 1 & sedikit rendah) 


3) sehelai kain flannel ukuran 12" x 12". Jika kain baru, basuh & keringkan dahulu untuk elak penurunan warna kain.


4) 1 sudu / 30g kacang hijau (boleh juga guna bijian kacang lain seperti kacang hitam/soya/merah)
5) Air kosong (saya guna air pili sahaja)

Cara membuat taugeh:

1) Rendam kacang hijau ke dalam air kosong. Buang kacang-kacang yang terapung dan bendasing yang ada. Cuci seperti cuci beras. Kemudian rendam dengan air kosong di dalam mangkuk berpenutup kalis cahaya semalaman.


2) Setelah rendam semalaman, biji kacang akan mengembang. Toskan kacang ke dalam mangkuk saring yang telah dilapik dengan kain flannel.


3) Lipat kain flannel yang terkeluar menutup kacang.


4) Siram bungkusan kacang di bawah laluan air pili sehingga basah keseluruhan kain flannel (jaangan buka bungkusan). Kemudian letakkan mangkuk saring tersebut ke dalam mangkuk.


5) Tutup mangkuk dan letak dimana-mana sahaja asalkan bukan di tempat yang terlalu sejuk atau terlalu panas.


6) Ulangi langkah 4 & 5 sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk pastikan kain flannel sentiasa basah. Jangan buka bungkusan.

7) Bungkusan kain akan membesar. Selepas 2-3 hari, akar akan terkeluar di bawah kain dan penutup mangkuk akan terangkat (tidak tutup rapat). Buka bungkusan kain flannel dan tuai hasilnya.


8) Untuk tuai, keluarkan taugeh dari bungkusan ke dalam bekas yang lebih besar berisi air. Kulit-kulit kacang akan jatuh ke bawah dan taugeh akan terapung. Kutip taugeh dan asingkan kulit yag terlekat.
Sekarang taugeh sudah siap untuk dibuat masakan.



Jika tidak mahu terus masak, boleh simpan dulu taugeh dalam rendaman air berpenutup. Seelok-eloknya simpan dalam peti ais.


Hasil taugeh dalam gambar ini telah dimasak dengan telur dan sos tiram 😁.
Selamat mencuba.


Berminat untuk buat taugeh sendiri seperti saya tapi tak punya peralatan?
Saya boleh sediakan peralatan seperti yang saya punya. RM8/set tidak termasuk kos pos.😃
Whatsapp +60132073018
Related Posts with Thumbnails

Followers