Search This Blog

Cerita tentang Nilai "Penghargaan"

.....

Cerita ini dipetik dan diubah bahasa dari kiriman email berbahasa Cina.

Seorang pemuda yang mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang pergi memohon kerja untuk satu jawatan pengurusan dalam sebuah syarikat besar.

Dia telah berjaya melepasi temuduga peringkat pertama dan perlu berjumpa dengan tuan pengarah untuk temuduga peringkat akhir.

Tuan pengarah mendapati dari CV yang diberikan bahawa hasil akademiknya sangat cemerlang, dari sekolah menengah sehingga penyelidikan lepas ijazah, tiada setahun pon yang tidak cemerlang.

Tuan pengarah bertanya kepadanya, "Adakah kamu mendapatkan sebarang biasiswa di sekolah?",
dia dijawab "tiada".

Tuan pengarah bertanya, " Adakah bapa kamu yang menanggung kos yuran sekolah kamu?"
dia jawab, "bapa saya meninggal dunia semasa saya berusia setahun, ibu saya yang membaiaya yuran sekolah saya".

Tuan pengarah bertanya, " Dimanakah ibu kamu bekerja?"
dia jawab, "ibu saya bekerja sebagai pencuci kain".

Tuan pengarah memintanya untuk menunjukkan kedua-dua belah tangannya, dia pon menunjukkan tangannya yang lembut dan halus sempurna kepada tuan pengarah.

Tuan pengarah bertanya, " Pernahkah kamu menolong ibu kamu mencuci kain sebelum ini?",
dia jawab, "tidak pernah, ibu saya mahu saya sentiasa belajar dan baca lebih lanjut buku-buku , tambahan pula, ibu saya dapat mencuci kain-kain lebih cepat daripada saya".

Tuan pengarah berkata, "saya ada satu permintaan, apabila kamu balik ke rumah hari ini, pergi dan bantu bersihkan tangan ibu anda , dan kemudian jumpa saya esok pagi".

Dia rasa bahawa peluangnya untuk mendapat kerja itu tinggi, setelah pulangke rumah dia dengan gembiranya mahu membersihkan tangan ibunya. Ibunya rasa pelik, gembira tetapi bercampur takut. Si ibu menhghulurkan tangan kepada anaknya.

Dia membersihkan tangan ibunya dengan perlahan, titisan air matanya jatuh semasa dia melakukan itu. Ini kali pertama dia mendapati tangan ibunya sungguh kasar berkedut dan terdapat begitu banyak lebam-lebam dalam tangannya. Beberapa lebam membuatkan ibunya rasa sakit apabila dicuci dengan air.

Ini kali pertama dia menyedari bahawa sepasang tangan yang mencuci kain setiap hari membayarkan dia yuran sekolah, lebam-lebam dalam tangan ibunya adalah harga yang ibu bayar ijazah dan kecemerlangan akademiknya dan mungkin masa depannya.

Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, dia dengan perlahan membantu ibunya mencuci semua pakaian yang belum sempat ibunya cuci.

Malam itu, ibu dan anak berbual-bual dalam masa yang sangat panjang.

Keesokannya, dia pergi ke pejabat pengarah.

Tuan pengarah perasan air mata dalam mata terbendung dalam kelopak mata pemuda itu, tuan penyarah bertanya, "Bolehkah kamu beritahu saya apa anda buat dan pelajari semalam dalam rumah kamu?"

Pemuda itu jawab, " Saya bersihkan tangan ibu saya , dan juga siap membersihkan semua pakaian yang tinggal".

Tuan pengarah bertanya, " sila beritahu saya apa saudara rasa".

Pemuda itu berkata, pertama, saya tahu apakah nilai penghargaan, tanpa ibu, saya tidak akan berjaya seperti hari ini. Kedua, saya tahu bagaimana bekerja bersama dengan ibu saya, kemudian baru saya boleh menyedari bagaimana susah payah mendapat sesuatu. Ketiga, saya tahu pentingnya dan nilai perhubungan keluarga.

Tuan pengarah berkata, " Inilah jawapan yang saya mahu, saya mahu merekrut seseorang yang boleh menghargai bantuan orang lain, seseorang yang tahu penderitaan lainnya mendapat benda yang dilakukan , dan seseorang yang tidak akan meletakkan wang sebagai gol dalam hidup menjadi pengurus saya. Anda diterima bekerja".

Kemudian hari, orang muda ini bekerja sangat keras , dan menerima penghormatan pekerja bawahannya, setiap pekerja-pekerja bekerja dengan tekun dan dalam satu pasukan, hasil syarikat bertambah baik.

Seorang kanak-kanak yang dilindungi dan biasa diberi apa pun yang dikehendakinya, dia membangun dengan "mentaliti hak" dan sentiasa meletakkan dirinya di tempat pertama. Dia jahil dengan usaha orang tuanya. Bila dia memulakan kerja, dia menganggap setiap orang mesti mendengarnya , dan apabila dia menjadi seorang pengurus, dia tidak akan tahu bagaimana penderitaan pekerjanya dan selalulah salahkan orang lainnya. Untuk orang sebegini, dia boleh buat keputusan baik, boleh jadi berjaya untuk seketika, tetapi akhirnya tidak akan berasa rasa pencapaian, dia akan merungut dan penuh kebencian dan berjuang untuk dapat perkara yang lebih.

Jika kita beri perlindungan begini, adakah kita cinta atau memusnahkan kanak-kanak?

Anda boleh biar anak-anak anda tinggal di sebuah rumah besar, makan makanan enak, belajar piano, melihat TV layar besar. Tetapi bila anda memotong rumput, sila benarkan mereka turut serta. Selepas makan, biar mereka mencuci pinggan mereka sendiri. Ia bukan kerana anda tidak mempunyai wang untuk mengupah seorang pembantu rumah, tetapi ia ialah kerana anda mahu sayang mereka dengan cara yang betul.

Anda mperlu buat mereka faham, tidak kira bagaimana kayanya ibubapa mereka, satu hari rambut mereka akan berkembang kelabu, sama seperti ibu yang pernah muda. Perkara yangg paling penting ialah anak-anak anda belajar bagaimana untuk menghargai usaha dan mengalami kesukaran dan belajar keupayaan bekerja dengan lainnya untuk mendapat benda yang diinginkan.

Bunga Buat Ibu... I love You..

.....

Bacalah cerita ini perlahan-lahan supaya faham dan dapat menghayatinya.

Aku terlanggar seseorang yang tidak dikenali semasa berjalan,
'Oh maafkan saya, saya tak perasan'....

Katanya 'Maafkan saya juga, saya tak nampak tadi'...

Kami amat sopan dan saling menghormati. Kami melambai tangan sambil berlalu pergi.

Tetapi di rumah lain pula ceritanya. Bagaimana kita melayan orang tersayang, baik yang tua mahupun yang muda.

Lewat petang, ketika menyediakan makan malam, anak bongsuku berdiri di dapur secara diam-diam.

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh.
Jerkahku, 'Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh!'

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan sedih.
Aku tak sedar, betapa kasarnya kata-kataku.

Sedangku berbaring di katil mendengar muzik, terdengar suara halus berbisik.

'Bila bersama orang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri, tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci'

'Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

'Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu'

'Dia berdiri senyap untuk memberikan kejutan, sedarkah kamu airmatanya yang datang bertamu'

Pada saat ini, aku merasa amat pilu sekali, airmataku mencurah ibarat air di kali.


Senyap-senyap aku kebiliknya, dan melutut di katil,
'Bangunlah anakku, bangunlah si kecil ibu'

'Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu?'

Dia tersenyum, 'Adik terjumpa di belakang rumah dalam semak'

'Adik memetiknya kerana bunga-bunga tu cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu,

'Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,ibu tak patut menjerkah kamu tadi'

Katanya,"Tak mengapa, sSaya tetap sayang ibu melebihi segalanya'

Bisikku, 'Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu'


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak... Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Kisah Tikus dan Jerat

.....

Seorang petani dan isterinya pulang ke rumah setelah keluar berbelanja barangan keperluan. Ketika mereka membuka barangan yang baru dibeli, seekor tikus memerhati dengan harapan…. "hmmm...makanan apa yang dibawa mereka dari pasar hari ni??"

Dilihatnya apa yang dibeli oleh petani hari ini adalah jerat tikus. Si tikus menjadi takut bukan kepalang.

Si tikus bergegas lari ke sarangnya dan berteriak,
"Ada jerat tikus di rumah!....di rumah sekarang ada jerat tikus!!...."

Si tikus pun mengadu kepada ayam dan berteriak,
"Ada jerat tikus !"
Ayam berkata,
"Wahai tikus, aku turut bersedih tapi ini tak ada kena-mengena dengan aku."

Si tikus lalu pergi berjumpa dengan kambing sambil berteriak seperti tadi.
Kambing pun menjawab dengan selamba,
"Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui lembu. Si tikus mendapat jawapan yang sama.
" Maafkan aku. Tapi jerat tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah badan sebesar aku ni boleh masuk jerat tikus. "

Dengan rasa kecewa, si tikus pun berlari ke hutan menemui ular.
Ular berkata,
"Eleh engkau ni...Jerat tikus yang keciltak kanla membahayakan aku."

Akhirnya si tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui dia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak, jerat tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat jerat tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terjerat membuat ular semakin ganas dan mematuk isteri si petani.

Walaupun si petani sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya terkena juga patukan ular itu. Si petani pun membawa isterinya ke hospital. Beberapa hari kemudian
isterinya sudah boleh pulang namun demam berterusan.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam pada si petani kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang petani itu pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki ayam buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya masih tidak sembuh. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Lalu si petani pon menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.

Namun masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Si tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat jerat tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

SUATU HARI....
KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN
MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...
FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.


WASH THEM FIRST OR USE A STRAW !

.....

This is Serious!

This incident happened recently in North Texas .

A woman went boating one Sunday taking with her some cans of coke which she put into the refrigerator of the boat. On Monday she was taken to the hospital and placed in the Intensive Care Unit. She died on Wednesday.

The autopsy concluded she died of Leptospirosis.

This was traced to the can of coke she drank from, not using a glass. Tests showed that the can was infected by dried rat urine and hence the disease Leptospirosis.
Rat urine contains toxic and deathly substances.

It is highly recommended to thoroughly wash the upper part of all soda cans before drinking out of them. The cans are typically stocked in warehouses and transported straight to the shops without being cleaned.

A study at NYCU showed that the tops of all soda cans are more contaminated than public toilets (i..e.).. full of germs and bacteria. So wash them with water before putting them to the mouth to avoid any kind of fatal accident.

Note: Please forward this message to all the people you care about.
I JUST DID!

Tips Kejutkan orang bersahur

.....

Dibawah ni ada2 tips kejutkan orang bersahur yang menarik untuk dicuba:-)

TIPS 1


Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond

TIPS 2
Tapi kalau masih tak berkesan
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

TIPS 3

tapi kalau masih tak berkesan gak
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!


TIPS 4



tapi kalau masih tak berkesan gak...ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan..., kerana tuhan lebih menyayanginya

-petikan dari kiriman yang diterima dari email-

Resepi Dadih yang lazat... boleh buat duit raya...

.....
Salam...

Anda suka makan dadih?
Cik Wan suka makan dadih... dadih coklat atau strawberi yang sejuk... sedapnya...


Tinggal beberapa hari lagi kita umat Islam akan menunaikan ibadah puasa. Bulan puasa ni bagus juga berbuka dengan dadih segar. Kalau pandai buat dadih sendiri, boleh juga buat duit sampingan meniaga dadih bulan Ramadhan... dapat juga tambah duit raya untuk beli baju raya yang cantik juga keperluan raya yang lain.

Baru-baru ini Cik Wan telah diberi kepercayaan oleh saudara Faizal Syukri untuk review ebook "Rahsia Dadih: Kegemaran & Pendapatan" yang ditulis olehnya sendiri berdasarkan pengalamannya berniaga dadih.

Dalam ebook ini terdapat resepi masakan dadih pelbagai perasa dengan langkah mudah dan bergambar. Terdapat juga panduan untuk menjual dan memasarkan dadih. Ebook ini sangat sesuai untuk semua pihak yang ingin menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa menjual dadih terutama pada bulan Ramadhan.

Harga ebook ini RM20.00 je. Untuk maklumat lanjut boleh layari http://rahsiadadih.com.

Kedai Kain Online dot com

.....
Salam..

Dah lama tak mengarang di blog ni. Sejak 1/5/2010 haritu Cik Wan sibuk membina perniagaan baru iaitu bisnes jual kain dan pakaian secara online.

Inilah dia kedai kain Cik Wan http://www.kedaikainonline.com ... this is my card... :-)


Buat masa ni Cik Wan banyak jual kain pasang. Ada jual kain cotton viscose, japanese cotton, italian silk, batik one Malaysia dan insyaAllah banyak lagi jenis kain akan dijual jika dapat sambutan yang baik. Cik Wan jual pada harga rendah berbanding harga kedai kain di luar sana dengan pos penghantaran dalam Malaysia percuma.

Jadilah peminat Facebook Kedaikainonline... :-)

TQ

Kisah 3 Budak Hitam

.....

Ada 3 org budak..mereka bermain-main ditaman larangan di istana raja sgt murka, ketiga-tiga budak itu ditangkap..dan 3 budak itu disumpah menjadi budak hitam.

Mereka bertiga dibuang negeri & ditempatkan dlm hutan yg tebal. Mereka sgt sedih..sudahlah disumpah jadi hitam..lepas tu kena buang negeri pulak..apa la nasibbbb…

Sedang mereka tercari2 jalan keluar dari hutan itu, tiba2.... Mereka menemui sebiji botol..pelik benar botol itu…

Didalam botol itu terdapat seekor jin.

Jin berkata “hai manusia....jika kau lepaskan aku, aku akan tunaikan satu permintaan setiap seorg”.

..pada mulanya...3 bdk itam itu amat takut...

Huh...jgn lepaskan kata seorg budak.
Klu kita lepaskan, klu dia ngaappp kita mcm mana?

Akhirnya selepas beberapa kali berfikir, bertengkar, ketawa, menangis…mereka pun sebulat suara…
Jin tersebut pun dilepaskan...

Jeng..jeng....keluarlah seekor jin yang comel dgn menggeliat2 badan mcm kucing..
“hooooooi budak...cepat beritahu permintaan kamu” kata jin tersebut ala-ala mak nyah…
Bdk itam yg pertama pun berkata....

Jin..aku nak kulit aku putih seperti sedia kala....
Plupppp.. Bdk itu pun jadi putih seperti sedia kala..dah tak itam mcm kena sumpah td..
Maka seronoknya budak itu…

Pastu, bdk kedua plk...die jugak nak putih sperti sediakala
Jeng..jeng....bdk yg kedua pun jadi putih mcm dulu2. Menari2 gembira budak kedua tu lepas dah jadi putih semula…

Bila smpi giliran bdk yg ketiga...
Agak2 apa yg dia mintak dr jin?...
Ape? Mintak jadi kaya?? Bukan la….teka lagi..teka lagi….

Akhirnya…
Bdk ketiga tu minta pada jin...
“en.jin...ko jadikan kwn2 aku itam semula...mana boleh aku itam, diorg semua putih.....”
Maka, ketiga2 bdk tu pun kekal la jadi itam
Sebab, dengki punya pasal.....

Pengajaran dalam cerita diatas.. Dalam hidup kita ini, penuh dengan pelbagai dugaan…
Bermacam ragam kawan2 kita miliki..ada yg depan kita baik sgt2…tapi bila dibelakang..huh dia la penentang utama kita..
Ada yg sanggup bergolok gadai membantu kita..tak kurang ada teman2 yg menjadi kwn bila kita senang sahaja.

Akan ada orang yg mula dengki & iri hati. Pelbagai cara mereka lakukan utk menjatuhkan kita..utk kita sama2 tidak berjaya seperti mereka.

Kuatkan semangat jika berdepan orang2 sebegini…mereka akan terus meracuni pemikiran kita supaya kita hilang fokus utk berjaya dan mengejar impian kita.

Kisah 10 Ekor Katak

.....

Terdapat satu menara yang tinggi. Di puncak menara itu ada satu bendera.

Dibawah menara tersebut ada 10 ekor katak. Kesemuanya ditugaskan utk mengambil & membawa bendera tersebut turun.

Katak pertama : “huh….tingginya menara ni… kita tak boleh panjat ni..kalau jatuh sia2 hidup kita…” lalu ia memutuskan utk tidak naik langsung menara tersebut.

Katak2 yang terdengar kata2 kata pertama itu, semangat mereka sedikit lemah…tetapi 9 katak yang lain terus memulakan pendakian meninggalkan katak pertama dibawah.

Sampai di peringkat pertama. Katak kedua bersuara. “adoi…penat la…mcm nak tercabut kaki ni….aku surrender lah..” maka katak kedua pun berhentilah setakat itu…katak2 yg lain pun meneruskan perjuangan….

Tiba ke peringkat kedua, katak ketiga plk mengalah…tak larat katanya….sambil mengajak katak2 yg lain utk turut mengalah sepertinya..

Tetapi katak2 yg lain masih bersemangat utk mendaki, walaupun ditelinga mereka masih teriang2 kata2 katak2 yg sudah mengalah…

Akhirnya, satu demi satu katak2 itu mengalah dengan bermacam2 alasan, tapi tinggallah seekor katak sahaja yg sampai kemuncak, katak kesepuluh itulah yg berjaya membawa bendera itu turun.

Sampai dibawah, katak2 lain kagum dgn pencapaian katak tersebut, mereka pun bertanya apa rahsia kejayaan katak itu sehingga berjaya sampai puncak menara & membawa bendera itu turun. Pada mereka, ia adalah mustahil. Kecuali katak pertama je yg x minat nak tanya, sebab memang dari awal dia tak minat nak panjat. Seekor demi seekor katak bertanya pada katak ke sepuluh itu, tetapi langsung tak diendahkan. Huh..katak2 lain mula bersuara, mentang2 dah power, dah berjaya, sombong la plk…



Agak2 tuan puan kenapa katak tersebut sombong, kenapa katak ke sepuluh itu tidak mahu berkongsi kejayaannya dgn katak2 yg lain?



Jawapan:



Sebab katak kesepuluh itu pekak…dia langsung tak dengar suara2 yg mampu melemahkan semangat…dia hanya focus pada satu sahaja itu naik ke menara, dan bawa turun bendera.. jika katak ke sepuluh tidak pekak, pasti dia juga akan mengalah seperti katak2 yg lain.



Pengajaran dari cerita ini, jadilah seperti katak pekak. Buat apa sahaja tanpa pedulikan kata2 org lain, sebab di sekeliling kita akan ada bermacam ragam org yg tak senang dgn apa yg kita buat. Lebih2 lagi jika perkara yg kita buat itu mampu melonjakkan nama & reputasi kita. Mereka di sekeliling kita akan sedaya upaya meracuni pemikiran kita utk jadikan kita lemah dan putus asa… BUAT SAJA…PASTI HASILNYA KAMU BANGGAKAN!!

Kisah Benar Anak yang Soleh

.....

Cerita ini diperolehi dari kiriman email. Tersentuh hati membaca cerita ini. Harap dijadikan panduan dalam kehidupan kita.
++++++++++
PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?"
soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu.
Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Amid nak jaga emak sampai akhir hayat,"
jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni?
Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis,"
hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?"
pujuk saya lagi.
Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak,"
katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?"
soal saya masih tidak percaya.

"Betul,"
balas Amid pula tanpa ragu ragu.

"Suka hati adiklah,"
kata saya selepas lama termenung.
Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.
Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.
Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu.
Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.
Katanya,
biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?
Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?
Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat.
Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"
"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing.
Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL.
Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah,"
kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur.
Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak.
Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.
Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.
Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak.
Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar.
Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.
"Kenapa mak?
Mak nak buang air ke?
Lapar? Mak nak minum?"
Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.
Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.
Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,
ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.
Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.
Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.
Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.
Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.
Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.
Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.
Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.
Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari.
Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah
untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.

Katanya pada saya,
buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.
Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan.
Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.
Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.
Amid meninggal dipanah petir.

Ceritanya begini.
Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.
Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.
Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.
Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.
prangggggg. tuuuuummmmt!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.
Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu.
Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata,
"Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun.
Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.
Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!"
jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,
tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.
Cerita Mek kepada saya.
ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia.
Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.
Cerita Mek,
mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada.
cerita Mek kepada kami lagi.
Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu.
Saya terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin.
Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin.
Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin.
tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.
Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.
Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.
Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta.
Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum.
Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya.
Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.
Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.
Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya,
tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah,
pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir bertahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;
(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu;
dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".
- Surah Luqman ayat 14.

Tahukah Anda... 10 fakta menarik tentang haiwan

.....

1) Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yg dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.


2)Spesis ular laut memiliki bisa 10 kali ganda lebih kuat berbanding bisa ular tedung selar. Pada 1932, sekumpulan besar ular2 laut berbisa telah dilihat berkumpul di Selat Melaka. Perhimpunan ular2 itu mencapai 10 kaki lebar dan memanjang 70 batu. Apakah agaknya nasib kita kalau terjatuh ke dalam himpunan ular2 tu? Eerrkkk....


3)Gajah memerlukan 250 kg sayuran dan 200 liter air sehari. Belalainya boleh menyimpan air sebanyak 9 liter pada satu2 masa.


4)Anjing juga menghadapi masalah sakit perut. Untuk mengatasinya, ia akan memamah rumput. Dengan cara ini, haiwan ini dapat memuntahkan semula isi perutnya dan sekaligus kesakitannya lega.



5)Tikus mondok boleh menggali terowong sepanjang 300 kaki dalam masa 1 malam sahaja.


6)Ikan terkecil di dunia dadlah Trimattum Nanus yang terdapat di kepulauan Chagos. Ukurannya 0.0075 mm panjang.


7)Labah2 betina selalunya akan membunuh dan memakan pasangannya selepas mereka mengawan.


8)Ayam akan menghasilkan telur yang lebih besar jika lampu dinyalakan selama 28 jam di rebannya. Keadaan ini akan mengelirukan ayam bahawa waktu siang adalah amat panjang.


9)Semut menggeliat setiap kali bangun daripada tidur.


10)Kedudukan mata keldai membolehkannya melihat keempat2 kakinya tanpa perlu menoleh kepala.

Related Posts with Thumbnails

Followers